Tabiat membaca perlu disemai dalam diri anak-anak (foto kredit com511zu.wordpress.com) |
Bookcafe.com.my hanya beroperasi secara online, dan saya sendiri telah beberapa kali berurusan dengan mereka. Setakat ini, alhamdulillah, saya belum pernah kecewa dengan perkhidmatan mereka.
Pilihan buku yang terdapat di bookcafe.com.my sangat banyak, merangkumi pelbagai kategori sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Walaubagaimanapun, kebanyakan buku adalah di dalam Bahasa Malaysia. Jika anda mencari buku dalam Bahasa Inggeris, anda boleh membaca review saya mengenai sebuah lagi kedai buku online kegemaran kami sekeluarga yang sangat menjual buku Bahasa Inggeris di sini.
Selain pilihan buku, seperkara yang saya suka mengenai bookcafe.com.my adalah khidmat penghantaranya yang cekap. Penghantaran dijanjikan dalam 3-5 hari bekerja, namun, setakat ini belum pernah saya menunggu hingga 5 hari bekerja untuk mendapat buku-buku yang dipesan walaupun penghantaran dibuat ke Malaysia Timur. Selain itu, mereka juga menawarkan same day delivery ke kawasan-kawasan terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Terdapat caj penghantaran dikenakan namun saya merasakan harga penghantaran yang dikenakan adalah berpatutan.
Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan free shipping jika anda membuat pembelian minimum sebanyak RM150 dari kategori A (kategori A merujuk kepada buku-buku yang mempunyai diskaun 40% ke bawah). Oh, jika anda menghantar buku-buku mereka sabagai ole-ole untuk keluarga atau kawan-kawan di luar Malaysia, jangan bimbang. Perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan kepada pelanggan di luar negara. Anda hanya perlu menghantar email dengan details order seperti tajuk buku dan kuantiti, nama penuh, alamat dan nombor telefon. Kos pengahantaran ke luar negara dikira secara manual. Jika penghantaran ingin dibuat ke Brunei atau Singapura, pesanan boleh dibuat seperti biasa selepas anda membuat pilihan negara melalui website mereka.
Buku yang dihantar rosak? Jangan risau. Bookcafe.com.my mempunyai polisi one to one untuk setiap buku yang rosak. Secara peribadi, saya tidak pernah meminta ganti untuk buku rosak kerana buku yang dihantar setakat ini kesemuanya dalam keadaan baik. Setiap penghantaran dipastikan dibalut dengan cermat menggunakan bubble wrap.
Customer service? Amat memuaskan, tak susah berurusan dengan pihak mereka. Penghantaran same day delivery dibuat mengikut masa yang dijanjikan. Pernah sekali, saya perlu tergesa-gesa menyelesaikan sesuatu perkara ketika sedang membuat pesanan, dan akibatnya, proses pesanan tersebut tidak dapat diselesaikan. Terbengkalai separuh jalan. Selama beberapa hari selepas itu, saya langsung terlupa untuk meneruskan pesanan tersebut dan saya terkejut apabila mendapat panggilan dari bookcafe.com.my bertanyakan jika saya menghadapi apa-apa masalah dalam menyelesaikan pesanan tersebut dan sekiranya ada, pihak mereka sedia membantu. Superb! Untuk saya, inilah pertama kali pihak penjual online menelefon bertanya jika ada apa-apa masalah yang boleh dibantu.
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati berurusan dengan bookcafe.com.my. Bagi saya, setakat ini, mereka adalah kedai buku online terbaik jika anda mencari buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan