Drop-side baby cot : Katil bayi mengundang bahaya

baby crib

Drop side baby cot adalah sejenis katil bayi yang mempunyai sebelah penghadang boleh gelongsor dan ia adalah amat popular di kalangan ibu bapa yang memilih untuk membeli katil bayi atau baby cot untuk si comel mereka. Penghadang yang boleh diturun-naikkan itu memudahkan ibu bapa untuk mengambil atau meletakkan anak mereka di dalam baby cot tersebut.

Walaubagaimanapun, sedarkah kita bahawa baby cot yang popular ini sebenarnya mengundang bahaya yang tersembunyi kepada si kecil?

Pada Disember 2010, Consumer Product Safety Commision (CPSC) yang berpusat di Bethesda, Maryland telah mengumumkan pengharaman penggunaan drop-side baby cot di seluruh Amerika Syarikat berikutan laporan kecederaan dan kematian yang berpunca daripada penggunaan katil bayi jenis ini. Pengharaman ini telah diputuskan sebulat suara setelah pihak berkuasa mengkaji sekurang-kurangnya 32 kes kematian bayi sejak tahun 2000 dan beratus-ratus kemalangan yang berpunca daripada penggunaan katil ini.


Sehubungan dengan itu, pihak pengeluar dan penjual, termasuk penjual barangan terpakai di seluruh negara itu hanya diberi tempoh selama enam bulan untuk menghentikan terus pengeluaran dan penjualan drop-side baby cot. Selain daripada itu, pihak hotel dan pusat jagaan kanak-kanak juga diarahkan tidak lagi menyediakan katil bayi jenis ini untuk kegunaan pelanggan mereka.

Kempen untuk menghentikan penggunaan drop-side baby cot ini sebenarnya telahpun bermula sebelum pengharaman ini. Buktinya, sebanyak sembilan juta drop-side baby cot telah ditarik balik dari pasaran. Penarikan semula ini termasuk drop-side baby cot keluaran jenama terkenal seperti Evenflo, Pottery Barn Kids dan Graco.

Klik di sini untuk laporan penuh oleh Consumer Product Safety Commision

Saya percaya, ramai antara kita pernah samada menggunakan baby cot jenis ini, atau setidak-tidaknya pernah melihat saudara atau kenalan yang menggunakannya. Sehingga sekarang, drop-side baby cot masih dijual dengan meluas di pasaran Malaysia, dan saya mengakui bahawa sebelum ini, saya juga menggunakan drop-side baby cot untuk tidur anak-anak.

Apakah bahaya di sebalik drop-side baby cot?

Alat gelongsor yang dipasang pada drop-side baby cot berisiko untuk patah atau rosak, Keadaan ini boleh terjadi akibat alat gelongsor menjadi haus akibat penggunaan yang kerap atau kesalahan semasa pemasangan. Ini mengakibatkan penghadang tidak lagi dipegang dengan kuat pada sisi di mana alat gelongsor telah rosak. Ini akan menyebabkan terbentuknya ruang antara katil dan penghadang. Apabila ini berlaku, bayi boleh terjatuh dan tersepit di celah ruang yang terbentuk mengakibatkannya tercekik atau lemas.

Gambar-gambar di bawah adalah contoh bagaimana kemalangan boleh berlaku akibat penghadang drop-side baby cot yang longgar:


baby crib

Bayi dan kanak-kanak boleh terjatuh di celah katil dan penghadang seperti gambar di sebelah kanan. Jika muka kanak-kanak tersebut berada di paras tilam, penghadang tersebut akan menekan kepala kanak-kanak ke arah tilam membuatkan kanak-kanak tersebut lemas. 


baby crib

Gambar di atas menunjukkan penghadang yang dipasang terbalik menyebabkannya tertanggal daripada sisinya.

baby crib

Kepala bayi boleh tersepit di antara penghadang dan katil jika bahagian atas penghadang longgar menyebabkan bayi teercekik.

baby crib

Lagi gambar menunjukkan bagaimana bayi dan kanak-kanak boleh tersepit


Jika anda mempunyai drop-side baby cot, apa yang boleh dilakukan?

Beberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh pihak CPSC, tetapi saya merasakan tak semuanya praktikal untuk dilakukan di Malaysia. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat di mana undang-undang telah dikuatkuasakan, pihak pengeluar telah mengeluarkan sejenis alat yang dipanggil immobilizer bertujuan menjadikan penghadang katil bayi lebih selamat. Saya mencari jika immobilizer ini boleh didapati di Malaysia, malangnya, saya tidak menjumpainya. Jika anda tahu di mana untuk mendapatkannya, mungkin anda boleh berkongsi di ruangan comment di bawah.


Apa yang kita boleh lakukan sebagai pengguna di Malaysia?

Masalah pada alat gelongsor ini pernah terjadi pada baby cot yang saya gunakan sebelum ini. Pada ketika itu, saya tak langsung tahu tentang bahayanya. Saya cuba repair tanpa mengetahui bahaya yang boleh terjadi. Alhamdulillah, tak ada perkara yang buruk berlaku.

Namun, sebagai ibu bapa, sudah tentu, apabila kita sudah mengetahui bahaya yang tersembunyi, pasti kita cuba elakkan sedaya-upaya. Siapa yang tak sayangkan anak, kan?

Pertama sekali, periksa baby cot anda. Pastikan anda tidak tersilap memasangnya. Dalam sebahagian insiden kematian yang disiasat oleh CPSC, ibu bapa tidak sedar bahawa penghadang telah dipasang secara salah. Sekali pandang, penghadang tersebut berfungsi seperti yang dikehendaki. Namun, apabila terjadinya stress ke atas penghadang tersebut seperti anak kecil yang berpegang atau bersandar padanya, penghadang tersebut mudah tercabut dari sisi katil bayi.

baby crib
Penghadang longgar yang cuba dibaiki
sendiri kebiasannya tidak stabil
Pastikan juga tiada skru patah atau bahagian yang longgar. Jika anda mendapati kerosakan, jangan cuba membaiki sendiri penghadang yang telah longgar. Ingat! Antara kes kematian yang dilaporkan melibatkan baby cot yang cuba dibaiki sendiri oleh ibu bapa.  







Tiada ulasan:

Catat Ulasan