Bidan Ummi - confinement lady dari Kedah



Awal tahun 2015, selepas melahirkan anak yang ke-4, saya telah berpeluang menggunakan khidmat seorang lagi bidan. Pada mulanya, saya merancang untuk berpantang sendiri sahaja, kononnya dah anak nombor 4, rasa macam boleh handle sendiri. Tapi, lepas ibu berkali-kali bertanya siapa yang akan menjaga semasa dalam pantang, so saya surrender dan decide untuk mencari bidan yang boleh menjaga semasa dalam pantang seperti sebelum ini.

Pada mulanya saya cuba contact bidan Che Ma - bidan yang menjaga saya sebelum ini. Malangnya nombor tak berjawab. Kebetulan pula saya terbaca tentang seorang lagi bidan di sini. So saya cuba menghubunginya pada masa yang sama. Bidan ini terus reply dan katanya dia free masa yang dikehendaki.

Memandangkan pencarian bidan kali ni agak last minute, dan jadual Che Ma juga setahu saya agak occupied, saya terus book bidan ini.  

Bidan ini lebih senang dipanggil Ummi. Berasal dari Kedah dan peramah orangnya. Kerjanya lebih kurang sama dengan Che Ma - berurut, bertungku 2 kali sehari, ikatkan bengkung, sediakan mandian ibu dan baby, mandikan baby, bertangas dan sediakan makanan pantang.

Semasa hari ke-7 kelahiran, kali ni kami decide untuk mencukur sendiri rambut baby (sebelum-sebelum ni bawa ke kedai je). Hasilnya - bagai tikus membaiki labu. Macam peta kepala baby. Compang-camping. Nasibla Ummi ada dan dengan penuh skill Ummi tolong repair hasil kerja kami.

Kali ni, alhamdulillah saya mempunyai orang lain untuk membantu di rumah. Jadi, kerja-kerja membasuh baju dan lain-lain diuruskan oleh pembantu.  

Secara peribadi, walaupun ada sedikit perbezaan, saya merasakan secara overall, kerja perbidanan Ummi tidak jauh dari Che Ma. Dua-dua amat skillful dan saya berpuas hati.

Urutan Ummi memang sedap, tetapi, kalau nak dibandingkan dengan Che Ma, urutan Che Ma lebih kuat. Jadi, kalau anda lebih suka urutan yang kuat, Che Ma lebih sesuai. 

Dari segi masakan pantang, saya tidak terlalu cerewet. Saya boleh makan apa saja yang disediakan. Tetapi, secara keseluruhannya, masakan Che Ma lebih kering dan plain, manakala masakan Ummi lebih ada rasa.

Jika anda berminat, insya-Allah Ummi boleh dihubungi di nombor ni - 0149699424.
  


10 ulasan:

  1. salam kak.. sehari brp charge utk ummi ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam... charge ummi RM100 lebih sehari. Sori tak ingat exactly berapa. Charge ni termasuk jamu, daun2 mandian, dan minyak urut.

      Padam
  2. Salam nk tnye cl ni bertudung and solat x sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ya, sepanjang tinggal bersama kami, cl ni bertudung dan solat

      Padam
    2. Lg satu nak tnye sis cl ni bertungku satu badan ke?

      Padam
    3. Ya, bertungku satu badan. Hari tu, saya sediakan sendiri tungku because kebetulan memang dah ada. Kalau tak ada, cl ni boleh sediakan.

      Padam