Penginapan selesa di Weil Hotel, Ipoh

Hotel selesa di Ipoh
Weil Hotel, Ipoh

Julai 2019 - buat pertama kalinya kami outstation tanpa kesemua anak bersama. Atas urusan tertentu, kami terpaksa ke Ipoh manakala anak-anak pula terikat dengan program sekolah yang wajib dihadiri. Sudahnya, hanya dua orang anak yang menjadi peneman setia kami di sana.

Memandangkan kami bertolak ke Ipoh agak lewat, terus sahaja kami menuju ke Weil Hotel - hotel yang bakal menjadi penginapan kami buat beberapa malam seterusnya. Sebenarnya, kami tidak menguruskan tempahan hotel untuk kali ini. Kami hanya mengikut sahaja pihak yang memilih hotel penginapan. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat ke destinasi tujuan.


Lokasi

Jika anda mempunyai urusan di Ipoh, Weil Hotel menawarkan lokasi strategik buat anda di tengah-tengah bandaraya ini. Bukan sahaja terletak di heartland of Ipoh, malah hotel ini juga bersambung dengan Ipoh Parade. Anda langsung tidak perlu keluar dari Weil Hotel jika mahu ke shopping mall ini. Terdapat laluan dan pintu khas disediakan untuk kemudahan tetamu.



Check-in

Alhamdulillah, urusan check-in langsung tidak lama. Anak-anak yang sudah kepenatan ketika tiba terus sahaja ke sofa di bahagian lobi sementara menunggu green light untuk ke bilik. Tidak sabar mereka ke bilik untuk berehat memandangkan malam sudah agak lewat.

Memandangkan hotel ini bersambung dengan shopping mall, sudah tentu ciri-ciri keselamatan tidak dikompromi. Setiap tingkat yang menempatkan bilik tetamu perlu diakses menggunakan kad bilik. Kad perlu diimbas di dalam lif sebelum anda boleh memilih tingkat yang hendak dituju. Bukan tiu sahaja, kad anda hanya specific ke tingkat yang menempatkan bilik anda. Dengan cara ini, orang luar tidak boleh sesuka hati naik ke aras-aras bilik di seluruh hotel ini.


Hotel selesa di Ipoh bersama anak-anak
Kepenatan di lobi Weil Hotel sebaik sampai


Bilik

Langsung tidak kami sangka yang kami akan ditempatkan di concept floor, iaitu aras yang dikhaskan untuk bilik-bilik yang dipanggil concept room. Untuk beberapa malam seterusnya, kami bakal menginap di Telegraph Concept, iaitu salah satu daripada 4 pilihan concept room kesemuanya.

Apa tu concept room? Sejujurnya, inilah pertama kali kami menginap di bilik begini. Secara ringkasnya, bilik-bilik ini bukan sahaja menawarkan design dan physical layout tersendiri yang berlainan daripada standard room, malah turut menyediakan servis tambahan khas untuk tetamu.

Apa bezanya bilik kami? Perbezaan yang ketara sudah tentu dari segi design bilik penginapan. Bilik Telegraph Concept yang menjadi penginapan kami kelihatan gah dan ceria dengan hearboard besar berwarna turquoise, carpet hiasan berwarna merah dan lantai dan kelengkapan berasaskan kayu. Selain bilik yang menarik, kami juga diberi pilihan bersarapan di concept lounge dan complimentary evening canape setiap hari. Walaupun bagi kami bilik tersebut sudah cukup mewah dan lebih daripada mencukupi, bilik kami sebenarnya adalah bilik basic berbanding concept room yang lain. Ini adalah kerana sebahagian concept room turut menawarkan pilihan bilik yang lebih besar lengkap dengan in-room jacuzzi.

Concept lounge
Terletak di Concept Floor, tetamu yang menginap di concept room boleh menikmati free-flow minuman seperti coffee, teh, pilihan air tin dan juga beberapa jenis cookie sepanjang hari di concept lounge. Di sini juga, tetamu boleh memilih untuk bersarapan dan minum petang. Walaubagaimanapun, di dalam bilik, tertulis bahawa kanak-kanak TIDAK digalakkan untuk ke lounge ini. Kami tidak pasti mengapa, cuma mengagak mungkin untuk tidak menganggu ketenangan tetamu yang sedang berehat di sana.


Hotel selesa di Ipoh bersama anak-anak
Bilik Telegraph Concept di Weil Hotel

Hotel selesa di Ipoh bersama anak-anak
Bilik air di Weil Hotel, Ipoh

Seperti juga bilik-bilik lain di Weil Hotel, kemudahan seperti televisyen, minibar dan safe box turut disediakan. Snek dan minibar adalah complimentary ketika penginapan kami di sana dan direfill setiap hari. Bilik air sangat selesa kecuali pintu yang tidak boleh dikunci. Terasa kurang privasi pula terutama apabila berkongsi bilik dengan anak-anak.

Satu kemudahan yang tidak pernah kami lihat sebelum ini adalah penyediaan smartphone untuk kegunaan tetamu. Smartphone ini boleh digunakan untuk unlimited local and international call (ke sesetengah negara), free internet access, latest travel find dan speed dial to hotel services. Perkhidmatan begini sudah tentu memudahkan tetamu yang ingin berhubung dengan keluarga atau yang mahukan panduan untuk bersiar-siar di bandaraya ini.


Hotel selesa di Ipoh brsama anak-anak
Complimentary snack yang direfill setiap hari


Sarapan & makan

Kami bersarapan bersama-sama di Weil hotel memandangkan buffet sarapan telah termasuk dalam harga bilik. Walaupun kami mempunyai pilihan untuk menikmati hidangan sarapan di concept lounge, kami memilih untuk membawa anak-anak ke Tiffin Restaurant yang terletak di aras lobi.

Disebabkan Tiffin Restaurant menyediakan hidangan untuk keseluruhan tetamu hotel, sudah tentu kawasan makan di sini lebih luas. Selain itu, kami berpendapat pilihan makanan juga lebih banyak. Bolehlah anak-anak memilih sendiri apa yang mereka inginkan.

Untuk mengelakkan terperangkap dengan tetamu yang ramai, kami membawa anak-anak ke sini agak awal. Bagi kami, pilihan makanan untuk buffet sarapan sangat memuaskan dari segi variety dan rasa. Alhamdulillah, anak-anak enjoy menikmati sarapan di sini.

Kami tidak mencuba makan tengahari ataupun malam di sini. Memandangkan hotel ini bersambung dengan shopping mall, tidak susah untuk mencari hidangan jika anak-anak terasa lapar sepanjang di sini.


Hotel selesa di IPoh bersama anak-anak
Sarapan di Weil Hotel, Ipoh


Swimming pool

Infinity pool di bahagian rooftop sememangnya menawarkan pemandangan bandaraya Ipoh yang menarik. Kerusi dan sofa turut disediakan berhampiran swimming pool sesuai sebagai tempat istirahat. Walaubagaimanapun, jika anda membawa anak-anak kecil, mungkin penting untuk anda tahu bahawa TIADA pool yang dikhaskan untuk kanak-kanak disediakan di hotel ini.

Anak kami yang masih kecil agak kecewa kerana dia memang ingin ke bahagian pool kanak-kanak meluangkan masa bersama kakaknya. Kami pula tidak bersedia membawa pelampung. Sudahnya, hanya bath tub di bilik menjadi pengganti. Nasib baik juga mereka tetap gembira bermain bersama-sama walaupun hanya di bilik.


Hotel selesa di Ipoh bersama anak-anak
Kolam di Weil Hotel, Ipoh


Sesuaikah Weil Hotel sebagai hotel penginapan bersama anak-anak?


Bagi kami, Weil Hotel sebenarnya lebih memenuhi keperluan business traveller. Hotel ini sendiri BUKANLAH hotel mesra kanak-kanak. Di sini, tiada kemudahan untuk kanak-kanak seperti kolam renang kanak-kanak atau playroom, apalagi aktiviti khas untuk mereka.

Walaubagaimanapun, lokasi strategik dan bersambung dengan shopping mall memberi hotel ini mega advantage. Ketika di sini, kami melihat Weil Hotel tetap menjadi pilihan mereka yang berkunjung bersama anak-anak. Bukan sahaja tidak leceh untuk mencari makanan, tetamu juga masih dapat membawa anak-anak berhibur dengan menonton wayang, bermain boling ataupun bermain di indoor playground yang terdapat di mall berkenaan.

Adakah kami akan memilih hotel ini jika ke Ipoh lagi bersama anak-anak? Jika kami mempunyai urusan dan perlu menginap di bandaraya ini, kami tidak ragu-ragu mempertimbangkan untuk membawa anak-anak ke sini. Walaupun hotel ini tidak menyediakan kemudahan kanak-kanak, convenience yang dirasai hasil lokasi yang strategik ini sangat membantu kami mencuri masa melayan anak-anak agar tidak kebosanan. Selain itu, layanan staf yang mesra terhadap tetamu kecil membuatkan kami berasa kanak-kanak tetap welcomed di sini.

Bagaimana dengan pilihan bilik? Langsung tidak dapat dinafikan bahawa pilihan concept room sememangnya memberi sentuhan kemewahan. Namun, secara peribadi, untuk anak-anak kami, apabila bercuti, apa yang penting ialah tempat penginapan yang bersih dan selesa. Tidak salah rasanya jika sesekali ingin memberi mereka merasai pengalaman menginap di bilik yang unik begini. Namun, bagi kami penginapan di bilik biasa pun sudah memadai jika diberi rezeki bercuti lagi di sini bersama anak-anak.

Weil Hotel terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka dan juga di Agoda, booking.com dan Expedia. Jika ingin menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama anak-anak nanti!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan