Dari Sekinchan ke Kuala Selangor... Macam-macam best!

Sambungan aktiviti dan tempat menarik yang kami lawati ketika percutian ke Sekinchan, kami mengambil advantage jarak yang tidak begitu jauh antara tempat penginapan kami di Sekinchan dengan Kuala Selangor untuk turut ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Selangor. Kata orang, sambil menyelam minum air!

Siapa sangka, hanya perbezaan jarak selama sejam setengah, pemandangan hutan batu di Kuala Lumpur bertukar menjadi tarikan berunsurkan alam semulajadi yang sangat menarik dan dapat dinikmati warga kota. Kepada mereka yang bercuti bersama anak-anak, tarikan-tarikan sebegini insya-Allah membuka mata mereka untuk lebih mendekati dan menghargai alam sekitar. Alhamdulillah, walau tanpa taman tema atau shopping mall, anak-anak kami tetap sangat seronok ketika dibawa ke sini.


Mana lagi boleh bawa anak-anak?


Aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor

1. Eagle feeding

Alang-alang ke Sekinchan, kami mengambil peluang membawa anak-anak melihat eagle feeding di Kuala Selangor. Eagle feeding ini adalah di bawah kendalian D Tours Kuala Selangor Sdn. Bhd, kira-kira setangah jam dari tempat penginapan kami. Walaupun eagle feeding tour ini boleh ditempah melalui Padi Box, kami lebih suka untuk memandu sendiri ke sana.

Alhamdulillah, dengan bantuan Waze, tidak susah untuk mencari jalan ke sana. Setelah mendapatkan tiket, kami langsung ke bot yang akan membawa kami menyusuri sungai ke tempat di mana tarikan ini diadakan. (Klik di sini untuk diskaun tiket eagle feeding). Waktu operasi eagle feeding adalah dari pukul 3pm ke 6.30pm. Ramai juga pelancong asing yang menyertai tarikan ini, malah kami turut berkongsi bot dengan sekumpulan pelancong dari Negara China.

Sesampainya di sana, pemandu bot mencampakkan ketulan daging ayam ke dalam air sungai. Sebentar sahaja, kelihatan sekumpulan helang datang menyambar daging yang dicampakkan tadi. Menarik juga melihat helang-helang tersebut menyambar hidangan petang mereka. Walaubagaimanapun, anak kami agak kecewa kerana mereka menyangkakan yang kami boleh memberi helang-helang tersebut makan dan bukan hanya memerhati dari dalam bot.


Cuti best dengan anak-anak di Kuala Selangor
Di dalam bot untuk melihat eagle feeding


2. Melihat kelip-kelip

Apalah percutian ke Kuala Selangor tanpa kelip-kelip? Oleh tiu, selesai sesi eagle feeding, kami menuju ke Firefly Park Resort, Kampung Bukit Belimbing yang terletak hanya 10 minit dari jeti D Tours untuk membawa anak-anak melihat tarikan unik ini. Walaupun pihak D Tours turut mengatur lawatan untuk melihat kelip-kelip, kami memilih untuk ke Firefly Park Resort kerana ingin mencuba operator yang berlainan. Lagipun, kami diberitahu oleh staf di kaunter D Tours bahawa waktu melihat kelip-kelip habis lebih awal di sini iaitu sekitar 8 malam. Ini bermakna bot akan bertolak sebaik selepas waktu Maghrib. Selepas pukul 8 malam, terpulang kepada bilangan pelancong yang ada. Bot akan hanya bertolak jika bilangan pelancong mencukupi. Lagipun, walaupun bilik solat disediakan di jeti D Tours, sebolehnya, kami tidak mahu rush. Biarlah masing-masing tenang menyelesaikan solat sebelum memulakan perjalanan. Klik di sini jika anda berminat menempah secara online tiket melihat kelip-kelip yang dikendalikan D Tours.

Waktu operasi di Firefly Park Resort adalah dari pukul 7 pm ke 10.30 pm. Sebaik tiba, kami membeli tiket dan terus menuju ke jeti di mana bot telah menunggu untuk membawa kami melihat kelip-kelip di sekitar kawasan jeti dengan lebih dekat. Sebaik melihat beratus kelip-kelip di pokok-pokok di sekitar, anak-anak kami yang masih kecil terus hilang rasa takut dan terpegun melihat keindahan semulajadi ini. Seronok mereka melihat pokok-pokok di tebing sungai bercahaya seperti dipasang lampu LED yang banyak.

Pengendali bot membawa kami mendekati pokok-pokok itu dan anak-anak kami dengan gembira cuba menangkap kelip-kelip untuk melihat dengan lebih dekat. Beberapa ekor juga dapat ditangkap untuk adik-adik yang lebih kecil lihat sebelum dilepaskan semula ke habitat mereka. Saya cuba mengambil gambar tanpa menggunakan flash namun hasil gambar sangat mengecewakan kerana keadaan terlalu gelap.

Tiket Firefly Tour di Firefly Park Resort kini dibuka untuk tempahan secara online di TripCarte. Walaubagaimanapun, sebelum menempah secara online, kami menasihati anda untuk menghubungi operator tour di 013-388 6310 untuk bertanya tentang latest offer. Pihak Firefly Park Resort seringkali juga mengadakan promosi di mana kadang-kadang harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pembelian secara online.


Cuti best dengan anak-anak di Sekinchan
Bergambar di hadapan Firefly Park Resort

Nota: Selain Kampung Bukit Belimbing, anda juga boleh melihat kelip-kelip Kuala Selangor di Kampung Kuantan. Perbezaan antara kedua-dua tempat ini ialah kelip-kelip Kampung Kuantan beroperasi menggunakan sampan dayung yang boleh memuatkan hanya empat orang maksimum manakala di sini, perkhidmatan melihat kelip-kelip menggunakan bot enjin yang lebih besar. Walaupun menggunakan bot yang boleh memuatkan sehingga beberapa belas orang, operator di sini tidak menunggu bot untuk penuh. Semasa kami ke sini, hanya kami sekeluarga yang menaiki bot tersebut.


3. Melawat Bukit Malawati

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Bukit Malawati untuk melawat bukit bersejarah ini. Bukit yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan kota kerajaan Selangor ini dibina sebagai benteng pertahanan daripada serangan Belanda pada akhir kurun ke-18. Kota ini telah ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 namun telah berjaya dirampas kembali oleh sultan Selangor pada tahun seterusnya.


Cuti best dengan anak-anak di Sekinchan
Meriam di Bukit Melawati, Kuala Selangor

Selain tinggalan-tinggalan sejarah seperti meriam, batu hampar dan perigi beracun, kami juga tertarik melihat gelagat monyet-monyet di sana bermesra dengan para pengunjung. Malahan, ada sesetengah yang sememangnya sudah bersedia dengan bekas makanan besar untuk menjamu kumpulan monyet yang memanjat belakang, bahu dan tangan pengunjung untuk mendapatkan makanan yang dibawa.


Cuti best dengan anak-anak di Sekinchan
Rumah api yang dibina pada tahun 1907 semasa pendudukan British
Tram disediakan pada hujung minggu untuk menaiki bukit ini. Namun, memandangkan ketika itu bukanlah hujung minggu, tiada tram disediakan dan pengunjung boleh memandu ke atas bukit tersebut menggunakan kereta masing-masing.


Hotel dan homestay best di Kuala Selangor

4. Lain-lain aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor

Sebenarnya, masih ada aktiviti-aktiviti dan tempat menarik lain di Kuala Selangor yang tidak sempat kami lawati ketika ke sini. Berikut adalah tempat-tempat yang ingin kami kunjungi namun tiada rezeki untuk kali ini. Diharap senarai di bawah dapat membantu jika anda sedang merancang lawatan ke sini.


i. Taman Alam Kuala Selangor / Kuala Selangor Nature Park

Sebuah tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak mendekati alam sekitar, Taman Alam Kuala Selangor menawarkan lokasi trekking di kawasan persisiran laut yang menjadi habitat penting untuk pertumbuhan pokok bakau.

Bukan sahaja penting sebagai tempat perlindungan anak-anak ikan dan habitat semulajadi pelbagai jenis ketam, malah kawasan hutan paya bakau seperti ini turut digunakan oleh burung-burung tempatan dan luar negara yang berhijrah sebagai tempat persinggahan untuk berehat dan bertelur. Oleh itu, tidak hairanlah jika Taman Alam Kuala Selangor popular di kalangan peminat burung terutamanya antara bulan September ke April setiap tahun.

Jika ke sini, selain memastikan anak-anak memakai pakaian yang sesuai, jangan lupa untuk turut menyediakan mosquito repellent. Maklumlah di tempat-tempat seperti ini, sudah pasti anda perlu berperang dengan gerombolan nyamuk jika tidak bersedia.


ii. Taman Ikan Air Tawar

Terletak berdekatan Taman Alam Kuala Selangor, Taman Ikan Air Tawar adalah sebuah lagi tarikan sesuai untuk anak-anak yang sememangnya sentiasa terpesona dengan dunia haiwan. Di sini, anak-anak boleh melihat spesis ikan air tawar yang dipamerkan di dalam akuarium selain mempelajari mengenai pelbagai jenis bubu di galeri yang disediakan.

Walaupun tarikan utamanya ialah mengenai ikan air tawar, di sini, anak-anak turut boleh melihat beberapa spesis burung termasuk merak yang ditempatkan di dalam beberapa sangkar.


iii. Pantai Remis

Walaupun tidak begitu sesuai untuk mandi-manda, Pantai Remis tetap menjadi tumpuan keluarga yang ingin meluangkan masa bersama-sama di Kuala Selangor. Berkelah, bermain layang-layang dan bermain belon sabun tetap menggembirakan kanak-kanak malahan ibu bapa yang berkunjung ke sini. Selain aktiviti-aktiviti riadah, Pantai Remis juga menawarkan pemandangan sunset yang indah, tenang dan mendamaikan.

Walaupun mengetahui tentang pantai popular ini, kami tidak merancang untuk ke sini memandangkan kami telah meluangkan masa di Pantai Redang. Selain itu, kami merasakan yang tempat penginapan kami juga relatively lebih jauh dari Pantai Remis berbanding Pantai Redang. Namun, jika anda merancang untuk menginap berdekatan pantai ini, ataupun ingin membawa anak-anak makan di restoran terkenal Aroma Ikan Bakar, lokasi Pantai Remis mungkin sesuai untuk anda kunjungi.


iv. Sky Mirror

Cuti best dengan anak-anak di Sekinchan
(foto:tourismselangor.my)

Jika anda suka bergambar, Sky Mirror adalah tempat yang menarik untuk anda mengambil gambar yang sangat unik. Walaubagaimanapun, jika mahu ke sini, anda perlu merancang lawatan anda kerana tempat ini bukanlah suatu tempat yang boleh anda datang pada bila-bila masa.

Tarikan ini sebenarnya bukanlah di Sekinchan, tetapi kira-kira 40 minit memandu dari Sekinchan. Kawasan ini hanya 'muncul' untuk beberapa hari dalam sebulan, iaitu ketika paras laut adalah rendah. Anda perlu menaiki bot untuk ke sini. Oleh kerana itu, anda dinasihatkan untuk melakukan tempahan dengan tour operator lebih awal untuk memastikan tarikh dan masa yang sesuai untuk lawatan anda.

Kami mengetahui tentang tempat ini apabila melihat pamphlet mengenainya di hotel penginapan. Alang-alang sudah berada di sini, pada mulanya kami berhasrat ingin 'singgah' sebentar dalam perjalanan pulang. Sangkaan kami tempat ini terletak di pantai dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Ternyata kami sudah tersilap sangkaan. Alhamdulillah, anak-anak ok sahaja walaupun rancangan terpaksa dibatalkan saat akhir. Insya-Allah, jika mempunyai rezeki, mungkin kami boleh merancang untuk ke sini suatu hari nanti.

Tour ke Sky Mirror yang dikendalikan oleh dua operator, D Tour dan Sky Mirror World kini dibuka untuk tempahan secara online. 


Ingin menginap di Sekinchan?


Makan

Alhamdulillah, sepanjang di sini anak-anak tidak cerewet dalam memilih makanan. Kami diberitahu tentang Restoran Aroma Ikan Bakar yang popular di Jeram. Namun, kebetulan pula restoran tersebut tutup pada hari kami ke sini. Oleh itu, kami hanya singgah makan di mana-mana restoran atau gerai apabila anak-anak sudah lapar. Yang penting, tempatnya halal dan tidak kotor.

Dalam beberapa tempat yang kami singgah, kami merasakan terdapat dua restoran yang makanannya sedap, anak-anak suka dan berbaloi harganya.


1. Restoran D'Coral

Jika anda memandu dari arah Sekinchan, restoran ini terletak di sebelah kanan anda sebelum jambatan, tidak jauh daripada pasaraya Giant. Tak susah untuk mencarinya. Hanya wazekan sahaja nama restoran tersebut.

Kami ke sini untuk makan malam. Restoran ini menghidangkan makanan seafood pada harga yang berpatutan. Servisnya juga sangat cepat. Tak pernah saya ke mana-mana restoran seafood yang servisnya secepat ini. Malahan, anak-anak kami juga terkejut. Sekejap sahaja semua order sudah berada di atas meja.

Portion hidangan juga agak besar, dan masakan juga tidak kedekut dengan bahan-bahan masakan. Yang paling kami gemari (dan tak pernah kami rasai masakan seperti ini) ialah ikan siakap masak patong. Selain itu, cara masakan tomyam juga lain daripada biasa, namun sedap. Alhamdulillah, kesemua anak kami enjoy makan malam di sana.


2. Restoran Dinding Gelas Besar

Kami ke sini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kami ke sini semata-mata mahu mencuba air buah gelas besar setelah melihat restoran ini dalam perjalanan balik melihat kelip-kelip. Kami mencuba coconut shake dan air tembikai campur susu. Kami memang berpuas hati dengan air buah yang dihidangkan. Tidak cair dan terasa buahnya. Thumbs up!

Cuti best dengan anak-anak di Sekinchan
Menikmati air buah yang best di Restoran Dinding Gelas Besar

Selain air buah, anak-anak kami turut memesan waffle. Mmmm.... gebu dan sedap. Habis licin dimakan. Kami melihat restoran ini turut menghidangkan makanan-makanan lain tetapi masing-masing sudah berasa penuh dengan air.

Restoran ini beroperasi dari pukul 8 a.m ke 6 p.m. Jangan risau anak-anak perlu ke tandas selepas minum air yang banyak kerana terdapat tandas yang bersih disediakan di kawasan restoran ini. Bukan sahaja tandas, malahan, pihak restoran turut menyediakan tempat solat untuk memudahkan mereka yang di dalam perjalanan.



Hotel menarik... jom ke Sekinchan!

Destinasi kali ini... Sekinchan! Tahukah anda bahawa tempat menarik tak jauh dari ibu kota ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk percutian bersama anak-anak. Jarak hanya sejam setengah dari Kuala Lumpur menjadikannya destinasi weekend getaway yang ideal untuk warga kota membawa anak-anak berehat dari kesibukan kehidupan di bandar sehari-harian. 

Sebagai destinasi yang kian mendapat tempat di kalangan pelancong, tak hairanlah jika semakin hari semakin banyak hotel dan tempat penginapan ditawarkan untuk keselesaan pengunjung yang bertandang. Di sini disenaraikan hotel dan penginapan menarik yang boleh anda jadikan sebagai port percutian bersama anak-anak di Sekinchan - kawasan yang popular dengan keindahan sawah padinya.



Apa nak buat dengan anak-anak di Sekinchan?



1. Padi Box

Homestay kontena menarik berwarna-warni ini menawarkan penginapan unik di tengah bendang untuk short getaway. Walaupun kawasannya tidak besar, Padi Box menyediakan banyak spot untuk tetamu bersantai sambil menikmati pemandangan sawah padi yang indah.

Setiap biliknya dilengkapi katil yang selesa, penghawa dingin malah attached bathroom untuk kemudahan anda. Sesetengah pilihan bilik di sini turut menyediakan balkoni betul-betul di tepi sawah sesuai untuk tetamu bersantai. Selain itu, untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak, anda boleh memilih pilihan bilik famili yang mampu memuatkan sehingga enam orang tetamu.

Padi Box juga menawarkan sewaan basikal untuk anda menunggang mengelilingi kawasan sawah padi di sini. Bukan itu sahaja, para tetamu juga boleh memilih untuk meluangkan masa bermain games yang disediakan di common room, bersantai di cafe ringkas ataupun mengatur sesi barbeque bersama keluarga dan anak-anak. Sila baca pengalaman kami menginap di homestay menarik ini di sini.

Amaran! Bilik-bilik di sini kerapkali penuh ditempah terutamanya pada hujung minggu ketika musim sawah padi sedang menghijau atau kekuningan. Oleh itu, jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda merancang percutian anda lebih awal. Padi Box boleh ditempah secara online melalui website mereka, Expedia ataupun airbnb



Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
Padi Box Homestay, Sekinchan (foto:airbnb)


2. Farmville Homestay & Cafe

Sebuah lagi homestay berkonsep kontena, Farmville Homestay & Cafe merupakan sebuah penginapan yang lebih luas berbanding Padi Box. Terletak berhadapan sawah padi yang menjadi tarikan utama di sini, homestay unik ini menawarkan pilihan bilik penginapan sesuai untuk percutian bersama anak-anak pada harga berpatutan.

Bilik-bilik di sini dilengkapi penghawa dingin, kipas dan attached bathroom untuk keselesaan para tetamu. Tiada televisyen disediakan di dalam bilik. Jika anda mahu menonton televisyen, anda boleh meluangkan masa bersama-sama di waiting room.

Di sini, anak-anak (malah ibu bapa) pasti teruja bermain trampolin yang disediakan di bahagian rooftop. Selain itu, anak-anak juga boleh mencuba bakat bermain golf di sudut mini golf atau bergembira di swimming pool kecil lengkap dengan gelongsor ringkas.

Farmville Homestay & Cafe turut menyediakan basikal dan buggy yang mana anda boleh gunakan untuk bersiar-siar mengelilingi kawasan sawah padi yang terbentang luas. Walaupun sewaan basikal dan buggy dibuka kepada mereka yang tidak menginap di sini, sudah tentu sebagai tetamu, anda diberi harga istimewa. Setelah penat bersiar-siar mengelilingi sawah, anda boleh melepaskan penat bersama anak-anak dengan menghirup minuman di cafe sambil menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan.

Farmville Homestay dan Cafe tidak terbuka untuk tempahan secara online. Jika berminat untuk ke sini, sila hubungi talian 017-206 8666 atau klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai homestay kontena menarik ini.


Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
Farmville Homestay & Cafe, Sekinchan (foto:farmvillehomestay.com.my)


Dah seronok di Sekinchan, jangan lupa ke Kuala Selangor... dekat je!



3. Sekinchan Cruise Hostel

Mencari kelainan dalam penginapan semasa percutian? Homestay unik Sekinchan Cruise Hostel membawa suasana outdoor ke dalam penginapan anda untuk percutian yang lain daripada lain. Walaupun pada hakikatnya homestay menarik ini adalah sebuah unit kondominium, dekorasi kreatif pengusaha homestay ini membuatkan tetamu berasa seolah-olah berada di kawasan camping dengan khemah, buaian, malah bot yang menjadi kegemaran terutamanya buat kanak-kanak.

Keseluruhan unit kondominium ini  tiga bilik tidur dan dua bilik air dan sesuai untuk penginapan sehingga sepuluh orang tetamu. Selain itu, tetamu juga dapat menikmati kemudahan seperti kawasan parking, penghawa dingin, gym dan kolam renang.

Untuk merasai pengalaman outdoor dalam kemudahan dan keselesaan indoor di Sekinchan Cruise Hostel, anda boleh melakukan tempahan secara online di airbnb



Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
Sekinchan Cruise Hostel (foto:airbnb)


4. A+ Boutique Hotel

Terletak di pekan Sekinchan, A+ Boutique Hotel menawarkan penginapan unik untuk percutian anda sekeluarga di Sekinchan. Tak keterlaluan rasanya jika dikatakan tarikan utama hotel menarik ini adalah di bahagian rooftop garden yang menampilkan 3D mural art sesuai untuk mereka yang gemar bergambar. Sementara anda bersantai dan bergambar di rooftop garden, anak-anak boleh meluangkan masa bermain di playground ringkas yang disediakan.

Walaupun bilik-bilik di sini agak kecil, ia dilengkapi katil yang selesa, penghawa dingin dan attached bathroom untuk kemudahan tetamu. Kawasan parking rata-rata tidak menjadi masalah, dan para tetamu juga tidak perlu bimbang jika berkunjung bersama anak-anak kecil atau warga emas memandangkan kemudahan lift turut disediakan.

A+ Boutique Hotel terbuka untuk tempahan secara online di Agoda dan Expedia. Pastikan anda merancang masa percutian anda di Sekinchan dan jangan lupa menyemak harga hotel menarik ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda nanti.


Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
A+ Boutique Hotel, Sekinchan (foto:airbnb)

Hotel dan penginapan menarik di Kuala Selangor


5. Omah Liren

Omah Liren menawarkan homestay sesuai untuk anda berkumpul dan meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga dalam suasana kampung berdekatan sawah padi. Banglo kayu dua tingkat yang boleh menempatkan sehingga lapan orang tetamu dengan selesa ini dibina berkonsepkan pelan terbuka yang mengutamakan pemandangan keluar rumah. 

Walaupun mengetengahkan suasana kampung, homestay menarik ini tetap menawarkan kemudahan dan fasiliti moden termasuklah penghawa dingin, televisyen LCD, malahan kolam renang yang sudah tentu menjadi tarikan utama anak-anak. Jika anda mahu, anda turut boleh mengatur sesi barbeque bersama anak-anak dalam suasana kampung yang damai.

Omah Liren TIDAK terletak di Sekinchan, tetapi di Sungai Besar, iaitu kira-kira setengah jam perjalanan ke utara Sekinchan. Namun, disebabkan kedudukan yang tidak begitu jauh dari Sekinchan (selain turut menawarkan pemandangan sawah padi), ia tetap menjadi pilihan penginapan ramai pengunjung, terutamanya mereka yang bercuti bersama ahli keluarga yang agak ramai. Walaubagaimapun, perlu diingatkan bahawa ia agak jauh (kira-kira sejam atau lebih perjalanan) dari Kuala Selangor dan Jeram di mana kelip-kelip dan Sky Mirror menjadi tarikan. 

Omah Liren terbuka untuk tempahan secara online di booking.com, Agoda dan airbnb.



Homestay menarik di Sekinchan

Homestay menarik di Sekinchan

Homestay menarik di Sekinchan
Omah Liren, Sungai Besar (foto:airbnb)