Sama ada anda bercuti bersama ahli keluarga yang ramai, mahukan kemudahan tambahan seperti dapur atau hanya semata-mata ingin merasai pengalaman penginapan yang lain daripada kebiasaan di hotel, penginapan homestay airbnb sudah tentu menjadi satu tarikan dan alternatif untuk percutian anda yang akan datang.
Di bandar-bandar seperti Kota Kinabalu yang popular sebagai tempat pelancongan khasnya, terdapat ramai pengusaha homestay yang menawarkan kemudahan mereka di airbnb dengan tawaran dan penginapan menarik yang mampu memberikan keselesaan untuk percutian anda sekeluarga. Jom kita lihat homestay airbnb menarik untuk percutian keluarga di Kota Kinabalu.
(sumber foto: airbnb.com)
1. Riverson SOHO Suite, Kota Kinabalu
Terletak tidak jauh dari Imago Shopping Mall, penginapan homestay satu bilik ini sesuai untuk mereka yang bercuti dalam bilangan ahli keluarga yang kecil tetapi mahukan sesuatu yang berlainan dari kebiasaan menginap di hotel. Homestay ini dilengkapi dengan peralatan dan interior modern sesuai untuk mereka yang datang untuk bercuti mahupun atas urusan kerja.
Antara kelebihan menginap di homestay seperti ini sudah tentulah kemudahan dapur yang disediakan. Dapur di homestay ini sesuai untuk penyediaan hidangan ringkas dan dilengkapi electric stove, peti sejuk, cerek, toaster dan microwave oven untuk kemudahan anda.
Selain itu, kemudahan asas seperti penghawa dingin, televisyen, tuala, gel mandian, shampoo pengering rambut dan iron juga disediakan. Jika anda perlu membasuh, tidak menjadi masalah kerana homestay ini turut mempunyai washing machine. Paling penting di zaman teknologi ini, Wifi percuma tidak dilupakan untuk para tetamu.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang homestay ini.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang homestay ini.
Homestay 2 bilik tidur dan 2 bilik air ini sebenarnya selesa untuk 3 orang tetamu, namun, jika memerlukan, tilam tambahan boleh disediakan menjadikan jumlah maksima tetamu yang boleh menginap di sini seramai 5 orang.
Seperti juga di kebanyakan homestay begini, kemudahan dapur yang lengkap dengan peti sejuk, toaster, cerek dan microwave oven turut disediakan, selain mesin basuh pakaian dan dryer untuk kemudahan tetamu melakukan laundry sendiri. Kemudahan penghawa dingin, televisyen, tuala, toiletries, iron dan water heater turut disediakan. Oh, tidak lupa juga 'talian hayat' 30Mbps high speed internet access untuk memudahkan tetamu melayari dunia tanpa sempadan setiap masa.
Kepada tetamu beragama Islam, host homestay ini dengan jelas meletakkan syarat tidak membenarkan makanan tidak halal dibawa masuk ke homestay mereka. Oleh itu, jika anda memilih untuk menginap di sini, bolehlah anda menggunakan kemudahan dapur dan alatan yang disediakan tanpa was-was!
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penginapan ini.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penginapan ini.
3. Condo biru di bandar Kota Kinabalu
Berkonsepkan interior ringkas dan moden digabungkan dengan warna biru pastel yang ceria dan mendamaikan., homestay ini seolah-olah mengingatkan tetamunya tentang keindahan negeri yang popular dengan keindahan pantai yang mengasyikkan.
Homestay ini menawarkan penginapan 2 bilik tidur lengkap dengan penghawa dingin dan 2 bilik air yang boleh memuatkan seramai 4-6 orang tetamu. Kemudahan dapur sudah menjadi kemestian selain mesin basuh jika diperlukan. Parking percuma disediakan atas permintaan.
Lokasi homestay di atas shopping mall ini juga memudahkan anda mendapatkan apa-apa keperluan dan mencari tempat menjamu selera semasa percutian anda.
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay menarik ini.
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay menarik ini.
Senarai hotel menarik mesra kanak-kanak di Kota Kinabalu
4. Suite 3 bilik moden
Bercuti dalam bilangan ahli keluarga yang lebih ramai? Homestay ini mungkin sesuai untuk percutian keluarga anda di Kota Kinabalu.
Dengan ruang yang lebih luas dan bilik tidur yang lebih banyak, homestay ini mampu menawarkan penginapan yang selesa untuk enam orang tetamu. Malah, jika anda memerlukan lebih tempat tidur, tilam tambahan boleh disedakan pada harga yang berpatutan.
Dekorasi yang ringkas dengan pilihan warna perabot yang ceria menjadikan ruang homestay ini kelihatan luas untuk ahli keluarga berkumpul dan beristirahat. Kemudahan dapur memudahkan penyediaan hidangan ringkas dan ruang makan yang ceria mampu menjadikan masa menjamu selera bersama ahli keluarga sebagai saat yang menggembirakan selepas seharian penat bersiar-siar.
Selain itu, wifi dan parking percuma turut disediakan dan aprtment ini juga mempunyai cafe sebagai tambahan tempat anda merehatkan diri semasa percutian.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai homestay ini.
5. Tanjung Aru Beach Retreat
Hotel menarik di Kundasang-Ranau
6. Kinabalu Cultural Vacation Home
Lebih sukakan landed house sebagai homestay? Homestay berdekatan pantai ini merupakan sebuah rumah teres dua tingkat sesuai untuk mereka yang bercuti dalam ahli keluarga yang ramai, Lokasi homestay ini adalah di kawasan Tanjung Aru, iaitu lebih kurang 10 minit perjalanan ke pusat bandar Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Homestay 4 bilik ini menyediakan ruang yang luas dan menerapkan konsep dekorasi minimalis untuk kumpulan yang besar. Ia mampu menampung sekurang-kurangnya tujuh orang tetamu dengan selesa.
Homestay ini dilengkapi penghawa dingin, tuala, toiletries, ruang makan, ruang istirahat dan semestinya high speed internet access dan dapur. Yang menariknya, pengusaha homestay ini juga mengusahakan kedai kopi berhampiran dan amat berbesar hati menyediakan sarapan ringkas percuma untuk tetamu yang menginap di homestay mereka :)
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay menarik ini.
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay menarik ini.
Hotel menarik di Kundasang-Ranau
6. Kinabalu Cultural Vacation Home
Penginapan
homestay tiga tingkat sesuai untuk percutian dengan bilangan ahli keluarga yang
agak ramai. Hasil-hasil seni ditonjiolkan dalam hiasan dalaman homestay ini
sebagai tarikan dan identiti yang tersendiri. Homestay ini menawarkan 5 bilik
tidur, ruang makan, ruang rehat, dapur dan kawasan laundry untuk keselesaan tetamu.
Lokasi
penginapan ini adalah kira-kira 20 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Oleh
itu, jika menginap di sini, adalah lebih baik jika mempunyai kenderaan untuk
memudahkan anda berkunjung ke tempat-tempat menarik semasa percutian.
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan