Bot penambang di Sungai Sarawak |
Sebut sahaja river cruise, pasti terbayang perjalanan menyusuri sungai sambil bersantai di atas kapal moden semasa percutian, bukan? Tetapi hakikatnya bukan river cruise seperti itu yang kami rasai ketika percutian singkat ke Kuching, Sarawak.
Memandangkan anak-anak kami pernah beberapa kali merasai pengalaman menaiki river cruise di atas kapal moden di tempat-tempat lain, kami merancang untuk membawa mereka merasai pengalaman berbeza dengan menyusuri Sungai Sarawak menaiki bot penambang, dan bukan kapal cruise moden seperti kebiasaan. Bot-bot penambang ini sebenarnya digunakan di sana untuk ke kampung yang terletak di seberang sungai.
Di dalam bot penambang di waktu malam |
Hanya keluarga kami yang mennaiki 'river cruise' tersebut. Pakcik tersebut tidak mengambil penumpang lain. Kami menikmati pemandangan sunset yang indah di atas bot penambang. Apabila hari sudah mula gelap, pakcik yang membawa kami sekeluarga itu menghidupkan lampu di dalam botnya. Untuk pengetahuan, bot-bot penambang di situ menggunakan enjin dan bukan didayung. Pendayung yang dipegang digunakan hanyalah untuk mengemudi bot tersebut. Di akhir river cruise, pakcik yang baik hati tersebut hanya mengenakan bayaran RM50 sekeluarga untuk pengalaman yang menarik itu.
Selain river cruise, kami juga menaiki bot tersebut ke kampung di seberang. Kami membawa anak-anak bersiar-siar melihat kampung tersebut dalam keadaan hujan renyai-renyai ketika itu. Di sini, anda boleh mendapatkan kek lapis yang sememangnya popular di negeri Sarawak. Terdapat dua kek lapis yang popular di kampung ini iaitu Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Dayang Salhah. Bukan sahaja kek lapis, malahan kami juga telah membeli ikan terubok masin di sini - satu lagi ole-ole yang popular dari negeri ini.
Alang-alang di situ, pada sebelah malam, kami membawa anak-anak bersiar-siar di Kuching Waterfront. Memang seronok menghabiskan masa brsama-sama begitu, makan aiskrim sambil berjalan-jalan dan berbual-bual. Sesuatu yang ringkas tetapi kadang-kadang kita take for granted (termasuklah kami). Di Kuching Waterfront juga, anak-anak kami membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang.
Setelah penat bersiar-siar dan anak kecil mula meragam, kami berjalan kaki pulang ke hotel untuk berehat sebelum ke tempat menarik yang lain keesokan harinya.
Berapa lama ye spend time dekat River Cruise tu? ��
BalasPadamLebih kurang setengah jam
Padam