Pages

Cuti-cuti Sabah: Shangri-La Rasa Ria Resort

Tempat menarik percutian keluarga
Bilik Deluxe Garden View yang bersih dan selesa (foto: Agoda.com)

Jika diadakan anugerah the best children friendly hotel atau hotel mesra kanak-kanak terbaik, tanpa ragu-ragu, sudah pasti saya akan mencalonkan Shangri-La Rasa Ria Resort, Sabah. Menginap di sana sebagai penutup percutian keluarga, Shangri-La Rasa Ria telah meninggalakan kenangan yang indah buat anak-anak dan kami sekeluarga.

Alang-alang ke Sabah, pada awalnya kami ingin membawa anak-anak melihat kehidupan orang utan di sana. Tetapi, masa tak mengizinkan kami membawa mereka ke Sepilok. Jadi, sebagai ganti, kami merancang untuk membawa mereka menyertai program Orang Utan Ranger di Shangri-La Rasa Ria. Ketika merancang aktiviti inilah kami menyedari bahawa pihak Shagri-La ketika itu sedang mengadakan promosi untuk bilik-bilik terpilih. Seperti orang mengantuk disorong bantal, alang-alang ke sana, kami memanfaatkan promosi yang ditawarkan. Memang menjadi kebiasaan ketika merancang percutian, saya akan memeriksa harga majoriti hotel yang ada. Hotel-hotel begini, sesekali akan mengadakan promosi yang sangat memberi value for money untuk percutian keluarga anda.


Lagi senarai hotel menarik mesra kanak-kanak di Kota Kinabalu


Hotel menarik di Kota Kinabalu
Mencuba gong di Shangri-La Rasa Ria
Sikap staff membuatkan kami sekeluarga berasa amat dialu-alukan. Mana taknya, memandangkan kami datang bersama-sama 3 anak - dua di usia persekolahan manakala seorang belum bersekolah, mereka menawarkan untuk menukarkan daybed di bilik Garden View yang ditempah menjadi katil, siap dengan set bantal dan selimut untuk memberi keselesaan anak-anak tidur. Bukan itu sahaja, anak-anak kami juga diberi complimentary breakfast sepanjang penginapan kami - tidak perlu membayar extra untuk membawa mereka bersarapan.

Bilik yang ditempah memang bersih dan selesa. Sarapan sangat memuaskan. Di satu sudut tempat bersarapan, disediakan sebuah meja kanak-kanak siap dengan pinggan, sudu dan rak makanan rendah untuk memudahkan mereka mengambil makanan.

Shangri-La Rasa Ria Resort juga menyediakan kemudahan Kid's Club - sebuah bangunan khas untuk kanak-kanak beraktiviti. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dijadualkan setiap hari seperti pertandingan menyumpit, bermain layang-layang, mengutip seashell dan lain-lain. Selain itu, kadang-kadang, mereka mengundang clown dan maskot untuk memeriahkan aktiviti di sana. Anda boleh meninggalkan anak-anak di sana untuk mereka berseronok, namun, jika anak anda terlalu kecil, anda perlu ada untuk menemani mereka.


Semak untuk harga terbaik Shangri-La Rasa Ria di AGODABOOKING.COM dan EXPEDIA



Hotel mesra kank-kanak menarik di Kota Kinabalu
Shangri-La Rasa Ria Kid's Club
Kemudahan di Kid's Club sangat menarik, bersih dan selesa. Bukan hanya dilengkapi dengan barang-barang permainan dan games, malah mereka memastikan tandas kanak-kanak yang bersih tersedia di sana. Jika anak anda haus, air juga disediakan. Jika letih, ada tempat yang sesuai untuk tidur. Keselamatan kanak-kanak juga diutamakan. Kawasan Kid's Club sentiasa dikunci dan anda perlu mendaftar di kaunter hadapan untuk meninggalkan anak-anak. Untuk mengambil anak-anak keluar dari sana, anda perlu hadir sendiri untuk menjemput mereka... selain daripada anda, tidak ada orang lain yang dibenarkan membawa anak-anak anda keluar. Jadi, jika anda mencari masa kualiti bersama-sama pasangan untuk honeymoon anniversary perkahwinan bersama anak-anak, tempat ini sangat sesuai untuk tujuan itu.


Senarai hotel menarik, murah dan selesa di Kota Kinabalu


Anak-anak kami sangat sukakan aktiviti-aktiviti di Kid's Club sehinggakan tidak ada langsung permintaan untuk menonton televisyen sepanjang di sana. Mereka hanya akan keluar dari kelab tersebut untuk makan dan solat, dan cepat-cepat mahu kembali ke sana, risau terlepas aktiviti yang dijadualkan. Selain hanya beberapa aktiviti berbayar, kebanyakan aktiviti di Shangri-La Rasa Ria Resort Kid's Club tidak memerlukan bayaran tambahan.

Ketika di sana, kami tidak tahu tentang Kid's Club ini dan telah menempah bilik di Garden Wings. Namun, jika anak-anak anda ingin meluangkan banyak masa di Kid's Club, adalah lebih baik jika anda menempah bilik di Ocean Wings kerana bilik-bilik di Ocean Wings adalah lebih dekat dengan Shangri-La's Kid's Club. Ini lebih memudahkan anda dan anak-anak berulang-alik ke kelab tersebut. 


Tempat menarik percutian keluarga
Kolam renang di Shangri-La Rasa Ria
Di kawasan kolam renang, gelongsor untuk kanak-kanak juga disediakan, dan ini adalah kali pertama saya melihat terdapat staff-staff yang bertugas di gelongsor yang disediakan untuk mengurangkan risiko kemalangan ketika kanak-kanak bermain.

Bercerita tentang aktiviti kanak-kanak, pihak Shangri-La Rasa Ria juga menyediakan aktiviti ranger di mana kanak-kanak berpeluang menolong ranger sebenar menyediakan makanan untuk orang utan di kawasan yang diperuntukkan melalui Shangri-La Orang Utan Care Project. Atas sebab-sebab keselamatan, mereka hanya dibenarkan menyediakan makanan dan bukan memberi orang utan makan. Menurut anak-anak kami, mereka juga dibawa melihat haiwan-haiwan domestik lain dan mereka diberi peluang untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan ini. Anda tidak perlu menemani anak anda untuk aktiviti ini tetapi bayaran tambahan diperlukan untuk anak-anak anda menyertainya.

Jika dilihat jadual aktiviti yang disediakan di resort ini, sebenarnya masih terdapat banyak aktviti yang boleh dilakukan. Namun, kami tak berkesempatan melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Pengalaman di Shangri-La Rasa Ria ini memang lain daripada lain. Jika ada satu kesulitan adalah lokasi resort ini yang jauh daripada bandar Kota Kinabalu. Jadi, jika anda berhasrat menginap di sini, adalah lebih baik untuk tidak merancang berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Luangkan sahaja masa anda di resort yang menarik ini.


Pastikan anda mendapat tawaran terbaik untuk percutian anda. Semak harga terbaik Shanri-La Rasa Ria di AGODA, BOOKING.COM dan EXPEDIA


Hotel menarik mesra kanak-kanak di Kota Kinabalu
Di perkarangan resort


Merancang ke Gunung Kinabalu? Lihat senarai hotel menarik di Kundasang - Ranau



Tiada ulasan:

Catat Ulasan