Pages

Resepi kanak-kanak: Easy-peasy chocolate cupcake

Lagi aktiviti dapur anak-anak. Kali ni, atas permintaan, maka terhasillah cupcake coklat hasil buatan mereka. Resepi cupcake ini memang teramat-amat mudah... kanak-kanak pun boleh buat. Pendek kata, everyone can bake.

Resepi dari kakak yang tak pasti diwarisi dari siapa ini hanya menggunakan sukatan cawan (kecuali coklat bar). Senang dan tak perlu timbang-timbang.


Bahan-bahan:
Chocolate cupcake recipe
Bahan-bahan chocolate cupcake

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan butter
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula kastor
1 cawan susu
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh sodium bicarbonate
200g coklat bar - dipotong-potong, tak perlu cairkan
Chocolate chip
1/2 cawan serbuk koko



Cara membuat:

1. Pukul butter dan gula sampai kembang

Chocolate cupcake recipe
Menggunakan hand mixer
untuk memukul bahan-bahan 

2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain satu persatu. Teruskan memukul kesemua bahan. Untuk coklat bar, saya suka menggunakan dark chocolate. Tapi, apa-apa coklat pun boleh. Terpulang pada anda. Kalau kebetulan sedang sale, kadang-kadang saya gunakan aje dairy milk, almond, hazelnut... apa-apa saja asalkan anak-anak suka.

3. Sudukan ke dalam mangkuk cupcake

Chocolate cupcake recipe
Proses menyudu sebelum meja
tercalit-calit dengan adunan coklat

4. Tabur chocolate chip sebagai hiasan

5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 200 darjah celcius selama 10-15 minit


Chocolate cupcake recipe
Tadaaaa... Dah siap!

Hasilnya.... cupcake lembut dengan rasa coklat yang melt di dalam!


Nota: Abaikan rupa cupcake di atas yang kurang nilai estetiknya. Maklumlah, chef-chef masih amatur... tapi, cupcake ini memang sentiasa menjadi favourite anak-anak.


Lain-lain resepi kanak-kanak: Cornflakes madu/honey cornflakes


Jika anak-anak anda gemar aktiviti memasak, mereka juga boleh menyertai kelas memasak untuk kanak-kanak seperti yang diadakan di Learning Fresh, Petaling Jaya. Learning Fresh kini mengadakan promosi potongan harga untuk kelas Little Chef Enrichment di sini (tawaran berakhir 10 Mac 2018).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan