Baby gear wajib bila cuti dengan anak-anak

Senarai barangan bayi dan kanak-kanak perlu ada terutamanya jika anda merancang untuk kerap membawa anak-anak semasa percutian. Anak letih, meragam atau suka merayau adalah perkara biasa semasa percutian. Walaupun situasi begini sudah menjadi asam garam jika bercuti bersama anak-anak, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ini juga mampu melambatkan perjalanan dan kadang-kadang membuatkan ibu bapa resah terutamanya jika sedang berkejar masa.  

Untuk mengurangkan tekanan semasa percutian bersama anak-anak, kebiasaannya kami memastikan untuk membawa baby gear yang sesuai. Berikut kami senaraikan barangan yang kami rasakan sangat membantu melancarkan journey percutian kami bersama anak-anak. Senarai ini hanyalah barangan baby gear yang sering kami gunakan, dan sudah tentu anda perlu menyesuaikan dengan keperluan dan tempat tujuan masing-masing. Namun, kami berharap sedikit-sebanyak senarai ini dapat membantu anda membuat persediaan sebelum membawa anak-anak semasa percutian nanti. 

1. Baby Carrier

Jika anda membawa bayi dan akan banyak berjalan ataupun merancang ke tempat yang tidak stroller friendly, baby carrier perlu berada dalam list baby gear yang perlu dibawa.

Kini, terdapat banyak baby carrier di pasaran yang bukan sahaja selesa, malah mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. Walaupun baby carrier mungkin dilihat hanya sebagai barangan yang membantu menggendong anak, kami tidak berkompromi untuk memastikan barangan yang dibeli bukan tiruan. Kenapa? Risau pula apabila membaca kisah-kisah seperti di sini.

Dalam memilih baby carrier, pastikan barangan yang dibeli selesa untuk kedua-dua ibu dan anak serta mudah untuk dipakai dan disimpan. Bagi kami, tidak rugi untuk membeli baby gear seperti ini kerana boleh dipasskan kepada adik-adik di masa akan datang. Lagipun, anda bukan sahaja boleh menggunakannya semasa percutian, malah pada bila-bila masa setiap kali keluar membawa anak  keluar berjalan-jalan.

Sejujurnya, kami sendiri lebih suka ke kedai untuk membeli barangan begini. Beli di kedai ada kelebihan sendiri - boleh sentuh material dan cuba untuk memastikan kesesuaian. Namun, jika perlu membeli secara online, kami lebih suka membeli baby gear begini di Motherhood. Bagi kami, platform online baby shop ini sangat reliable dan setakat ini, kami tidak mempunyai masalah dari segi kualiti barang dan servis yang diterima. Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah jika anda lebih suka platform lain seperti Lazada dan Shopee, cuma nasihat kami untuk memastikan barangan yang dibeli adalah original.


Baby gear penting cuti dengan anak-anak
 Pelbagai jenis baby carrier di pasaran (foto: Motherhood.com.my)



2. Anti-loss harness

Jika adik yang kecil senang dibawa menggunakan carrier, kakak dan abang yang aktif pula memerlukan peralatan sesuai terutamanya untuk memastikan mereka tidak hilang daripada pandangan. Untuk tujuan ini, ramai ibu bapa memilih untuk menggunakan anti-lost harness untuk menghadkan pergerakan dan memastikan anak-anak berada berdekatan, terutama ketika ke tempat yang agak crowded.

Anti-lost harness yang biasa kami lihat diikat di badan kanak-kanak. Harness di badan kanak-kanak tersebut disambung dengan tali yang dipegang ibu bapa. Kadang-kadang, untuk menjadikan harness tersebut lebih praktikal, ia turut dilengkapi small backpack yang boleh digunakan untuk membawa bekalan diaper atau persalinan baju.


Baby gear penting cuti dengan anak-anak
Anti-lost harness dengan backpack (foto: Motherhood.com.my)


Walaubagaimanapun, secara peribadi, kami lebih sukakan harness yang diikat di pergelangan tangan kanak-kanak dan disambung ke pergelangan tangan ibu atau bapa. Harness jenis ini sebenarnya boleh didapati dengan mudah di Mr. DIY. Namun, daripada pengalaman, kami mendapati harness yang dijual di Mr. DIY terlalu simple. Ia diikat hanya menggunakan velcro strap, dan apabila kami gunakan pada anak kami, dalam sehari sahaja anak kami sudah tahu bagaimana untuk membuka harness tersebut. Oleh itu, jika anda ingin membeli harness jenis ini, kami mencadangkan anda membeli model yang disertakan dengan lock, dan bukan hanya bergantung kepada velcro strap semata-mata. 

Children anti-lost harness boleh didapati secara online di platform seperti Motherhood, Lazada dan Shopee


Baby gear penting cuti dengan anak-anak
Wrist anti-lost harness dengan lock (foto: Lazada.com.my)




3. Stroller

Stroller boleh dikatakan lifesaver kami dalam banyak percutian, terutamanya semasa anak sudah terlalu berat untuk digendong menggunakan baby carrier, dan dalam masa yang sama suka minta didukung apabila berjalan.

Terdapat banyak pilihan dan jenis stroller di pasaran kini. Bagi kami, jika anda kerap membawa anak-anak bercuti, stroller paling ideal adalah jenis lightweight. Stroller begini ringan untuk dibawa dan dalam masa yang sama tidak banyak memakan ruang di dalam bahagian luggage. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak semua stroller jenis ini boleh direcline. Oleh itu, anda perlu memastikan stroller yang dibeli sesuai dengan keperluan anda. Bagi kami, fungsi ini penting untuk memberi lebih keselesaan kepada anak apabila sedang tidur.

Kualiti stroller juga perlu dipastikan reasonable. Tidak rugi untuk membeli stroller yang bagus kerana baby gear ini juga boleh dipasskan untuk kegunaan adik-adik. Seperti juga baby carrier, kami lebih suka melihat sendiri dan mencuba stroller di kedai. Ini adalah kerana, kami dapat memastikan ease of use stroller yang hendak dibeli. Walaubagaimanapun, jika anda lebih suka membeli secara online, atau hanya ingin survey harga, anda boleh melakukannya di Motherhood, Lazada mahupun Shopee



Baby gear penting bila cuti dengan anak-anak
gb Pockit Plus Stroller antara lightweight stroller sesuai untuk traveling (foto: Motherhood.com.my)




4. Buggyboard

Stroller pilihan kami didatangkan lengkap dengan platform di bahagian belakang. Platform ini membolehkan kami membawa dua anak sekaligus - seorang duduk di atas stroller, dan seorang lagi berdiri di atas platform yang disediakan. Bagi kami, feature ini sememangnya sangat membantu setiap kali membawa anak-anak berjalan-jalan.  

Walaubagaimanapun, jika stroller anda tidak mempunyai platform begini, namun kerap kali kakak atau abang sering meragam akibat penat berjalan, buggyboard mampu menjadi penyelesaian. Buggyboard adalah platform tambahan yang boleh di pasang pada kebanyakan stroller dan membolehkan anda membawa dua anak dalam satu masa. Buggyboard seperti ini boleh didapati secara online di Motherhood, Lazada dan juga Shopee




Baby gear semasa cuti dengan anak-anak
Buggyboard membolehkan anda membawa dua anak dalam satu masa (foto: Lazada.com.my)





5. Baby Car Seat

Bagi kami, baby car seat adalah baby gear yang sangat penting. Sememangnya kami tidak berkompromi dalam pemilihan baby car seat. Maklumlah, baby gear ini bertugas untuk membawa 'kargo' paling berharga dalam perjalanan.

Bagi kami, car seat yang dipilih biarlah selesa dan yang lebih penting selamat untuk digunakan. Jangan terlalu berkira dan hendak berjimat sehingga tersilap memilih 'car seat' yang sebenarnya berbahaya. Selain selamat, keselesaan juga penting kerana jika tidak, anak-anak tidak mahu menggunakannya dan mula meragam jika diletakkan di atas car seat.

Beberapa jenama pernah kami guna, dan terbaru, kami memilih car seat berjenama Joie. Setakat ini, setelah dua tahun, car seat Joie yang dibeli masih dalam keadaan baik dan alhamdulillah, anak-anak masih selesa menggunakannya. Pemilihan car seat sudah tentu perlu mengikut umur anak dan jangkaan penggunaan. Bagi kami, kami lebih suka memilih car seat yang boleh diubah menjadi booster seat. Ini adalah kerana anak masih boleh menggunakannya walaupun telah mula usia persekolahan. Biar alah membeli, asal menang memakai.

Seperti juga baby carrier dan stroller, Motherhood.com.my turut menawarkan pelbagai baby car seat berkualiti untuk pilihan anda. Namun, jika anda suka, anda turut boleh membeli secara online di Lazada ataupun Shopee.


baby gear penting cuti dengan anak-anak
Model Joie yang menjadi pilihan kami (foto: Motherhood.com.my)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...