Hotel menarik di bandaraya Melaka... tak sabar bawa keluarga bercuti!

Setiap kali cuti sekolah, ramai antara ibu bapa akan mula berfikir... Nak bawa anak-anak ke mana? Apa kata kali ini bawa mereka ke Melaka yang sememangnya menjadi tempat hotspot keluarga meluangkan masa bersama ketika musim cuti dan hujung minggu. Manakan tidak, bandaraya yang dahulu pernah menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ini bukan sahaja kaya dengan sejarah negara kita, namun kini pelbagai attraction dan aktiviti boleh dilakukan di sini untuk percutian keluarga yang menarik.

Sesuai sebagai tempat tarikan popular Malaysia, hotel dan rumah penginapan tumbuh bak cendawan selepas hujan untuk memenuhi keperluan pelancong yang berkunjung ke bandaraya bersejarah ini. Di sini disenaraikan beberapa hotel menarik di bandaraya Melaka yang boleh dijadikan pilihan penginapan untuk percutian keluarga anda yang akan datang.

Setiap hotel ini menawarkan pilihan bilik famili selain terletak tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong untuk memudahkan anda mengatur percutian keluarga yang menyeronokkan bersama anak-anak. Selamat bercuti!


Hotel menarik ala-tradisi di Melaka


(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)


1. RC Hotel

Terletak di tebing sungai Melaka, RC Hotel merupakan salah satu hotel yang menawarkan penginapan menarik untuk percutian anda sekeluarga. Jika anda meminati dekorasi ala-Eropah, sudah tentu anda akan menyukai tema yang diketengahkan oleh hotel ini. Menawarkan 31 bilik penginapan, dekorasi bilik-bilik di sini diilhamkan dari seni Art Deco, iaitu seni yang berasal dari Perancis, membuatkan setiap bilik kelihatan elegan dan mewah. Untuk mereka yang bercuti bersama keluarga pula, pilihan bilik famili yang luas dengan ruangan berasingan dilengkapi katil double decker untuk anak-anak ditawarkan untuk keselesaan para tetamu.

Kedudukan di pinggir Sungai Melaka dimanfaatkan hotel ini dalam memberi kelainan di dalam servis mereka. Memandangkan kawasan meletak kenderaan amat terhad, anda boleh memilih untuk meletak kereta anda di kawasan parking yang disediakan di Taman Rempah dan menaiki bot terus ke jeti yang terletak di belakang hotel ini. Jangan risau jika tidak berkenderaan di bandaraya ini kerana lokasi RC Hotel hanyalah within walking distance dari tempat-tempat menarik di sekitar Melaka. 

Untuk mendapat tawaran terbaik di RC Hotel, jangan lupa untuk menyemak harga di Agoda, booking.com dan Expedia semasa percutian keluarga anda.


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
RC Hotel, Melaka


Hotel dan penginapan pelbagai konsep di Melaka
Lihat senarai di sini


2. Rosa Malacca

Hotel yang baru dibuka secara rasmi pada bulan Februari 2017 ini menawarkan penginapan menarik bertemakan konsep industrial design di bangunan berbata merah. Terdapat empat jenis bilik penginapan ditawarkan sebagai pilihan termasuk bilik jenis famili yang memuatkan 2 katil bersaiz king untuk keselesaan mereka yang bercuti bersama anak-anak.

Lokasi hotel menarik ini adalah strategik untuk dijadikan pangkalan percutian anda ke Melaka. Kedudukannya hanyalah kira-kira 6 minit berjalan kaki dari Dataran Pahlawan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Oleh itu, jika menginap di sini, anda boleh meletak kenderaan di kawasan yang disediakan pihak hotel dan meneroka bandaraya ini dengan berjalan kaki. Tak perlu pening dengan traffic jam yang boleh menjadi nightmare terutamanya ketika musim cuti persekolahan. 

Jika berminat untuk menginap di hotel ini, pastikan anda menyemak harga Rosa Malacca di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda sekeluarga nanti.


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
Rosa Malacca, Melaka


3. The Rucksack Caratel

Perkhemahan caravan di tengah-tengah bandaraya Melaka? Ya... Itulah konsep unik yang diketengahkan oleh pengusaha hotel menarik The Rucksack Caratel. Bagi mereka yang gemarkan kelainan ketika percutian, anda boleh mencuba penginapan di bilik tingkat ground floor hotel ini yang menawarkan suasana percutian seolah-olah di perkhemahan caravan.

Dengan pilihan katil bersaiz queen atau katil bunk bed yang boleh memuatkan 4 tetamu, anak-anak terutamanya di usia remaja pasti teruja dengan konsep penginapan sebegini. Bilik jenis ini terletak dekat dengan lobi yang menjadi tempat bersantai tetamu lain. Oleh itu, walaupun anak-anak remaja mungkin menyukainya, anak-anak kecil lebih sesuai untuk ditempatkan di tingkat atas memandangkan mereka memerlukan suasana yang lebih tenang untuk tidur.

Walaupun tidak menampilkan konsep perkhemahan caravan, bilik-bilik di tingkat atas tetap menarik dan selesa. Penggunaan glass window yang besar membuatkan bilik-bilik di sini terasa lebih luas. Pilihan bilik jenis famili turut disediakan untuk keselesaan anda dan anak-anak. Bukan itu sahaja, walaupun kelihatan ringkas, hotel menarik ini turut menyediakan kemudahan kolam renang kecil yang pastinya menjadi highlight untuk anak-anak ketika percutian anda nanti.

Lokasi hotel ini juga tidak jauh dari tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya bersejarah ini. Walaubagaimanapun, kawasan meletak kenderaan adalah terhad dan anda mungkin perlu meletak kereta anda di kawasan public parking jika free parking yang disediakan pihak hotel telah penuh.  

Jika berminat untuk menginap di hotel menarik ini, jangan lupa untuk menyemak harga The Rucksack Caratel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian anda.


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
The Rucksack Caratel, Melaka


Hotel menarik, murah dan selesa di Melaka



4. Holiday Inn Melaka

Membawa anak-anak kecil bersama ketika percutian? Apa kata surprisekan mereka dengan bilik yang disediakan khas agar mereka juga mempunyai 'we time' semasa percutian keluarga anda nanti!

Holiday Inn Melaka menawarkan pilihan bilik menarik dengan sudut khas kanak-kanak untuk tetamu yang bercuti bersama keluarga. Sudut khas yang ceria ini dilengkapi katil bertingkat dan meja kecil untuk anak-anak melakukan aktiviti bersama sementara anda berehat di bilik yang turut dilengkapi katil bersaiz queen ini. Sudut kanak-kanak ini di pisahkan oleh partition dan ditutupi langsir sekaligus memberi privasi, namun dalam masa yang sama memberi anda akses untuk memantau anak-anak dengan mudah. 

Selain bilik mesra kanak-kanak, lokasi Holiday Inn juga tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong. Ini memudahkan anda membawa anak-anak bersiar-siar di bandaraya Melaka. Parking tidak menjadi masalah memandangkan pihak hotel menyediakan tapak meletak kereta yang banyak.
(Nota: Holiday Inn Melaka TIDAK mempunyai Kids Club seperti sesetengah hotel lain di bawah rangkaian Holiday Inn)

Ingin menginap di hotel menarik ini? Semak tawaran terbaik Holiday Inn Melaka di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
Holiday Inn, Melaka


5. Casa Del Rio

Sesuai dengan namanya, Casa Del Rio yang bermaksud 'rumah di tepi sungai' dibina di tebing sungai Melaka yang pernah menjadi laluan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi kerajaan Melaka. Menawarkan 66 bilik penginapan dan suite, dekorasi Mediterranean dengan sentuhan Peranakan diilhamkan dalam dekorasi hotel mewah ini. Jika bercuti bersama anak-anak, anda boleh memilih bilik studio king yang dilengkapi sebuah katil King dan sofa bed atau bilik jenis suite untuk keselesaan. Kemudahan spa dan kolam renang turut disediakan sebagai pelengkap hotel mewah ini.

Lokasi di tebing sungai Melaka yang popular sebagai laluan Malacca River Cruise dan kedudukan hanya kira-kira 2 minit berjalan kaki ke Jonker Street menjadikannya penginapan yang sesuai untuk pelancong yang ingin meneroka bandaraya Melaka. Jika mahu ke Dataran Pahlawan, hotel ini juga ada menyediakan complimentary shuttle service selain perkhidmatan tempahan beca yang akan menjemput anda di lobi hotel.

Untuk merasai kemewahan penginapan di Casa Del Rio, anda boleh menyemak harga dan tawaran hotel menarik ini secara online di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
Casa Del Rio, Melaka

Homestay dan guesthouse menarik di Melaka
Lihat senarai di sini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...