Homestay apartment menarik di Cameron Highlands - ringkas namun selesa!

Terdapat banyak homestay di Cameron Highlands yang memang sinonim sebagai tempat percutian tanah tinggi di Malaysia. Ada yang menawarkan penginapan yang dikelilingi keindahan kebun mahupun kehijauan hutan rimba seperti di dalam posting yang lalu, dan tak kurang juga homestay yang menawarkan penginapan ringkas di apartment, sesuai untuk mereka yang hanya mahukan tempat penginapan yang selesa sebagai 'pangkalan' bercuti.

Untuk mereka yang lebih menggemari penginapan di homestay, di sini disenaraikan beberapa apartment yang dijadikan homestay yang menarik untuk para pengunjung beristirahat semasa percutian mereka.


Lagi senarai homestay menarik di Cameron Highlands


(sumber foto: airbnb)


1. The Woodz 

Terletak di Brinchang, The Woodz menggunakan dekorasi berkonsepkan kayu untuk menmbulkan rasa back to nature di tanah tinggi ini. Unit apartment yang dijadikan homestay ini sangat sesuai untuk percutian keluarga sekitar 6-8 orang. Kanak-kanak di alu-alukan untuk menginap di sini. Selain itu, apartment ini juga menyediakan lift untuk memudahkan anda membawa barang-barang ke unit homestay selain kemudahan parking supaya anda tidak perlu bersusah mencari tapak meletak kereta setelah seharian keluar bersiar-siar.

The Woodz boleh ditempah melalui airbnb, Agoda dan booking.com. Jika anda belum pernah mempunyai akaun airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan potongan RM90 untuk tempahan pertama anda.


Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
The Woodz, Cameron Highlands


Hotel ala-Inggeris di Cameron Highlands


   
   

2. Grand Haven Cosy Hideaway

Homestay menarik di tengah-tengah kedinginan tanah tinggi Cameron. Homestay yang terletak di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang ini menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian keluarga sehingga 6 orang tetamu. Dekorasi ringkas namun menawarkan sentuhan moden menjadikan honestay ini penginapan ideal untuk istirahat setelah seharian menghabiskan masa di tempat-temapt menarik sekitar Cameron Highlands.

Homestay ini boleh ditempah secara online melalui airbnb. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Grand Haven Cosy Hideaway. Jika anda belum mempunyai akaun airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan diskaun RM90 untuk tempahan pertama anda.




Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
Grand Haven Cosy Hideaway, Cameron Highlands



3. Cameron Warmer

Homestay dengan dekorasi kontemporari ini adalah antara penginapan menarik yang terdapat di Cameron Highlands . Juga terletak di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang, homestay ini menyediakan penginapan yang selesa untuk percutian keluarga seramai 6 orang. Beristirahat sambil menikmati kesegaran teh bersama keluarga di ruang tamu yang didekorasi seolah-olah berada di sebuah cottage moden ini mampu menawarkan pengalaman indah untuk percutian keluarga yang menyeronokkan.

Homestay menarik ini boleh ditempah secara online melalui airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan penjimatan RM90 untuk tempahan pertama anda. Jika anda telah mempunyai akaun, anda boleh terus klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.


Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
Cameron Warmer, Cameron Highlands



Mencari penginapan hotel yang 
murah, menarik dan selesa 
di Cameron Highlands? 




4. Industry Loft Residence Inn

Semakin hari, pengusaha homestay di Cameron Highlands semakin kreatif dalam menawarkan keunikan penginapan mereka. Melihat kepada dinding yang sengaja dibiarkan seolah-olah simen yang tidak bercat, sudah tentu anda tahu dari mana homestay ini mendapat nama. Di rumah sendiri, mungkin anda tidak akan membiarkan dinding dalam keadaan begitu, namun pemilik homestay ini sangat kreatif dalam menjadikannya satu ciri unik untuk penginapan yang ditawarkan. Digabung pula dengan interior yang ringkas namun lengkap, homestay ini menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian anda sekeluarga.

Homestay unik ini boleh ditempah melalui online melalui airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan penjimatan RM90 untuk tempahan pertama anda. Jika anda sudah mempunyai akaun, anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Industry Loft Residence Inn.


Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
Industry Loft Residence Inn, Cameron Highlands

Catatan penginapan menarik di MARDI Cottage Cameron Highlands


5. Hillstation Getaway

Homestay ringkas namun selesa di antara Tanah Rata dan Brinchang. Homestay dengan dekorasi minimalist ini sesuai untuk penginapan sehingga 6 orang tetamu. Selain tempat beristirahat, homestay ini juga menyediakan dapur dengan kelengkapan seperti cerek elektrik, rice cooker, microwave, toaster dan peti sejuk. Namun begitu, stove tidak disediakan. Oleh itu, jika anda merancang untuk memasak semasa percutian keluarga anda, homestay ini mungkin kurang sesuai, lebih-lebih lagi memandangkan pemiliknya tidak begitu menggalakkan tetamu untuk memasak di sini. Pendek kata, jadikan percutian ini masa untuk anda merehatkan diri dan bercuti dari tugasan-tugasan kebiasaan di rumah!

Jika berminat untuk menginap di homestay ini, klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya di airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan diskaun RM90 untuk tempahan pertama anda.


Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands

Homestay apartment Cameron Highlands
Hillstation Getaway, Cameron Highlands




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...